1) Kaum wanita boleh berjalan selama 3 jam tanpa membeli apa-apa
Orang perempuan ni satu benda je yang mereka malas nak buat; bersenam. Tapi kita tengok ramai je orang perempuan yang fit naik bukit Broga pun tak pancit malu je kita orang lelaki. So apakah rahsia di atas 'kefittan' mereka ini? Mengikut satu eksperimen sains yang dijalankan, ketika membeli-belah, kaum wanita akan merembeskan hormon yang menjadikan mereka hyperactive dan meningkatkan kadar metabolisme. Shopping adalah senaman untuk kaum wanita. Perasaan penat mereka akan hilang apabila melihat iklan potongan seingga 70% di Parkson Grand. Selalunya mereka akan mengalami amnesia apabila melihat kasut Aldo yang murah walaupun sebenarnya mereka dah lalu dah kedai tu tadi. Itu yang pusing-pusing sampai 2-3 round di tempat yang sama. Baguslah boleh bakar kalori yang berlebihan.
Walaupun kad kredit sudah di block, itu tidak akan menghalang mereka untuk melakukan windows shopping. Tak dapat beli tengok pun jadi. Kira macam buat survey dulu lah terhadap apa yang bakal disambar pada hujung bulan nanti. Roarrr!
2) Impulse shopping
Kaum wanita sering cuba menipu diri sendiri dengan berkata di dalam hati "Ok hari ini aku yang pergi windows shopping je. Aku janji aku takkan beli apa-apa". Sesungguhnya keazaman itu akan berakhir dengan sekelip mata apabila melihat blouse terbaru yang dipakaikan di patung M & G. Apabila telah melihat sendiri sesuatu produk itu, ditambah pula dengan pujuk rayu salesman bapuk, ditambah lagi dengan promosi buy '1 free 1', maka kaum wanita akan hilang kawalan diri dan mula membeli-belah secara tidak rasional.
Untuk menyedapkan hati. gadis-gadis mungkin berkata begini, "Alah apa susah I duduk rumah je so takyah risau nak beli itu ini". Well kenyataan itu boleh disangkal kerana duduk rumah pun boleh berlaku impulse shopping. Kita korang sedang asyik membaca laman blog lelaki tampan macam blog ini, tiba-tiba korang ternampak pula iklan baju di latar belakang. Macam menarik sahaja tone warna dan design baju itu. Lepas tu terbayang pula anda jadi model baju itu. Hmm ok juga baju ini I nampak kurus u know. Tanpa berfikir panjang korang terus klik iklan tersebut dan sampailah ke laman web Zara. WAUU KALAU BELI ONLINE DAPAT DISKAUN 10%! Kaching insert credit card number insert CVC number ahah!
3) Cuba banyak baju di fitting room, snap dan mobile upload ke Facebook
Huiii bila syahwat sudah menguasai diri, habis semua baju disambarnya. Yang nampak separa dada, yang terbelah sehingga ke peha, yang ada zip di punggung semua kita nak cuba try test. Cuba je tak beli pun. Lepas tu dalam fitting room kan ada cermin gadis-gadis mana boleh bertahan kalau nampak cermin. SNAP! Kamera 2 megapixel di telefon bimbit sudah cukup untuk menampakkan imej seksi kita dengan jelas dan gambar itu segera dimuat naik ke Fesbuk untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan lain. Jangan lupa letak caption "Ummm I nampak gemuk la...."
4) Minta pendapat lelaki, tapi tak pernah nak ikut
Secara jujurnya, adakah kalian suka orang lelaki teman anda shopping? Anda memang menipu jika anda suka. Takkanlah nafsu shopping anda tidak terbantut setelah melihat wajah sugul kami membuntuti anda mencari kasut Nose? Anyway orang lelaki walaupun sebosan manapun aktiviti membeli-belah itu, mereka tetap akan menemani anda kerana mereka cintakan anda. Kalau nak bagi teman lelaki anda kembali segar, anda bawalah dia pergi membeli-belah baju dalam Triumph. Berbalik kepada persoalan asal, kaum lelaki hanya akan memberi jawapan yang generic ketika ditanya tentang baju manakah yang lebih cantik. Jawapan kami sudah pastilah 'Dua-dua pun ok'. Kalau terpaksa membuat pilihan sekalipun, anda memang tak akan ikut punya pendapat kami.
Ini kerana anda menganggap kaum lelaki ini langsung tiada fashion sense, melainkan lelaki itu adalah seorang arbok. Malahan, apa yang lebih memanaskan hati kami adalah anda akan memilih baju yang kami TIDAK pilih, kerana anda menganggap pilihan orang lelaki sentiasa salah. Tapi in the end anda akan beli dua-dua baju juga so tiada point la anda tanya pendapat kami at the first place.
5) Beli, tapi tak pernah pakai
Ok gadis-gadis, mari kita buat satu eksperimen. Pergi ke dapur. Isi air ke dalam cerek kemudian panaskan air itu sehingga mendidih. Ok yang tu aku saje je nak susahkan korang tiada kaitan pun sebenarnya. Yang sebetulnya, sila pergi ke almari anda. Buka almari anda dan sila kira berapa pasang baju yang anda beli tapi anda tak pernah pakai sekali pun. Pandang bawah sikit tengok berapa pasang kasut tumit tinggi yang anda tidak pernah sarung di kaki
Banyak bukan? Inilah akibatnya membeli-belah mengikut nafsu serakah. Ya, orang kata wanita ada 9 nafsu dan 7 daripadanya adalah nafsu shopping, tetapi itu tidak bermakna anda harus menyambar setiap kasut tumit tinggi 6 inci semata-mata hendak menjaga status fashionistas anda. Kadang-kadang mereka beli sebab nak brag dengan jiran-jiran ataupun saudara-mara semasa sesi mengumpat. Nak pakai bukannya muat pun nak nak pulak baru lepas kahwin makin di pam pam badan.
Eh gadis-gadis tidak boleh PMS membaca entri ini kerana apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka ezajerit sikit-sikit je. Alah kalau marah pun terapi dia senang je, pergilah membeli-belah! Hihi. Ok ok bagi menampakkan yang saya ini seorang yang adil, mungkin saya akan buat entri Mengkaji Tabiat Jejaka Ketika Membeli-Belah pula (tipu). Selamat membeli-belah!